Jumaat, 9 Disember 2011

Salinan Forum

FORUM
Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.
Group Forum - Group EL-S03


View Message : Current Topic
Maksud refleksi pengajaran dan kebaikan melakukan aktiviti refleksi selepas setiap sesi pengjaran dan pembelajaran dijalankan.


Posted By : Jurayah @ Jane Botohong (D20102042506)
Date posted : 13 Oct 2011 05:54:45 PM
(0 read/s)


Salam 1 Malaysia1 UPSI,
Pada pendapat saya, refleksi pengajaran ialah rumusan yang guru perlu tulis selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengupas secara terperinci kelemahan dan kekuatan pengajarannya secara keseluruhan.Tujuan menulis refleksi pengajaran bukanlah untuk mencari kesalahan pengajaran guru, tetapi ianya dijadikan rujukan meningkatkan kemahiran guru mengajar di kelas pada sesi pengajaran akan datang.
Banyak kebaikan melakukan penulisan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran ini. Penulisan refleksi pengajaran dan pembelajaran ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengajarannya. Di mana, semasa mengumpul maklumat secara sistematik refleksi selepas pengajaran, secara tidak langsung guru-guru sedang memperolehi suatu kefahaman meningkatkan konsep pendidikan. Guru-guru dapat memajukan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajarannya dari semasa ke semasa.
Secara keseluruhannya bagi pendapat saya, amatlah wajar setiap guru melakukan penulisan refleksi selepas pengajaran kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang akan menyumbangkan kemajuan ilmu pengetahuan pendidikan ke arah yang lebih berkualiti. Sekian.

Attachment : No File Attach...



RESPON 1

13 Oct 2011 06:29:53 PM
13 Oct 2011 04:33:59 PM

Posted By :Jurayah @ Jane Botohong
Reply To :Zainawan Bt. Jipin
Attachment :
Salam 1 Malaysia,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Zainawan mengenai kebaikan menulis refleksi pengajaran ini. Iaitu membantu guru menambah baik pengajarannya yang akan datang. Di mana, guru perlu mengikis dalam hati dan faham bahawa tujuan penulisan refleksi bukan hanya mendedahkan kekurangan guru mengajar. Ini kerana kejujuran guru menulis refleksi yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajarannya amat berguna untuk keperluan dalam meningkatkan mutu pengajaran akan datang...Sekian.

RESPON 2
09 Oct 2011 05:37:44 PM
Posted By : Jurayah @ Jane Botohong
Reply To : Zarinah Binti Atiau

Salam 1 Malaysia,
Saya bersetuju dengan saranan cikgu bahawa salah satu cara guru-guru menilai pencapaian refleksi pengajaran ialah melalui lembaran kerja yang di sedia dan digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran masa itu. Disamping itu, guru-guru juga perlu menilai pencapaian dan halangan-halangan semasa pengajaran dari sudut tingkah laku murid dan kriteria penyediaan bahan bantu mengajar. Ini kerana kaedah pengajaran di setiap kelas dengan murid yang berbeza adalah tidak sama..Sekian.

RESPON 3

1 118 Oct 2010:28:09 AM
14 Oct 2011 10:39:53 PM
Posted By :Jurayah @ Jane Botohong
Reply To :Siti Zainab Binti Pg.Ahmad Bi

Salam 1 UPSI,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Siti bahawa refleksi merupakan proses mengkaji keberkesanan pengajaran yang telah disampaikankan. Melalui refleksi guru boleh membaiki lagi keberkesanan pengajarannya. Guru dapat membaiki kelemahan pengajaran serta mengetahui kekuatan pengajarannya.
Oleh itu, guru-guru seharusnya rajin menulis refleksi supaya masalah pengajaran dan pembelajarannya di kelas dapat di atasi dengan lebih tepat dan cepat.

RESPON 4

22 Oct 2011 03:55:31 PM
09 Oct 2011 10:37:51 PM

Posted By :Jurayah @ Jane Botohong
Reply To :Shadia Binti Jimlok

Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Shadia mengenai penulisan refleksi dapat membaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana semasa penulisan refleksi guru akan menilai secara terperinci proses pengajarannya. Penulisan refleksi kurang tepat jika hanya menyatakan objektif tercapai dalam refleksinya. Guru sepatutnya menyatakan secara terperinci perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam proses pengajarannya. Antara perkara-perkara yang perlu di nilai ialah proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan murid dan penggunaan alat bantu mengajar.




NOTA :
Semua lampiran daripada rakaman video akan di hantar melalui pos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan